Perjuangan belum selesai....: 2010

Tuesday, October 26, 2010

tahniah kepada kawan2 smkpk ...

hari ni..baru tgk blog kwn2...
wah hebat2 belaka..blog kwn2...ni...
rupanya ramai warga smkpk bleh jadi penulis....
hope lps ni...kita boleh bt penerbitan elektronik...la...
plk...apa pandangan cikgu jalil....?
ni semua atas daya usaha Tn Hj Ab Jalil yg tidak jemu2 mencurahkan
ilmu dan bakti beliau agar warga smkpk..celik IT...Tahniah dan Syabas....
mujuq kita ada cikgu pakar cm cikgu jalil.....

lps ni hope kita punya setiausaha LDP akan dikekalkan lah...
cz byk ilmu yg bmanfaat kita dpt dari s/u ldp kita skrg ni...
kalu guru2 sek lain teruk nk cari kursus dan book review yg kena buat...
utk cukupkan 7 kali setahun...kita warga smkpk..dikira beruntung....
dh tak payah pikir nk cr tempat kursus...just go...je..
tu pun semua dh diurus dan kebanyakan nya kt sekolah...apapun
Terima Kasih sekali lagi khasnya untuk Tn Hj Ab Jalil dan semua barisan pentadbir sekolah...
yang tak pernah jemu2....berkongsi ilmu dgn guru2..k..

Wednesday, October 20, 2010

Anak demam...ibu ...@#$%^&*

Susah juga ya jaga anak masa demam...
harini dh masuk hari kelima 'adnin demam ...
wah malam tak boleh tidur..
malas...nk bagun pi keja pagi2 ikut hati nak je ambil MC
tapi bila teringat tjawab kt bebdk...yg dtinggalkan..
sian plk...so terpaksa la bersusah payah...
bangun utk laksankan tjawab ni..

fuh kalu la dpt lelap sat waktu rehat alangkah bahagianya...
tapi mana ada rehat masuk keja..ada saja keja yg perlu dibuat...
sesungguhnya perjuangan ku belum selesai...
selagi ada hayat..dan amanah yg tuhan berikan selagitulah perlu digalas .....
pening, ngantuk, pendanm jela...utk mlm ni...
hope sikecik dh baik demam nya..dan mlm ni..dpt tidur lena..
mudah2mudahan....

Sunday, October 17, 2010

Selagi hayat....

Hari ini rasa free sikit...
cz xbyk keja umah yg pelu disiapkan...
Sabtu dh beres...
tapi bila bt perkiraan semula byk lagi blum siap...
baju xiron lagi...
soalan exam x buat lagi...
mood nk buat soalan xmai lagi...so...berat je nk mula..buat...
3kelas ...mujuq form 5 tumpu gerak gempur
kwn2 dr negeri lain dh bg tryer ..
so bt soaln tryer jela...

form4, form 2 and form 1
dok tunggu mood b nk mula.....
bila xtaula....
hope lps ni bleh pulun...
si kecik ni demam panas plk....
sian ...la...apapun stop dulu la....

Saturday, September 25, 2010

Artikel Review Pembangunan dan Penilaian berasaskan Web - ICT


Ulasan Jurnal
Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Web – Webquest bagi mata pelajaran ICT.
Pendahuluan
Dalam sistem pendidikan kini, pengajaran dan pembelajaran (P&P) berasaskan web adalah konsep yang mengintegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi (Information and Communication Technology (ICT). Konsep web atau webquest adalah salah satu penyelesaian bagi mengakses maklumat ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan prestasi individu seseorang pelajar dan pendidik. Kertas kerja ini cuba menyingkap bagaimana bahan pengajaran berasaskan web, Web Quest membantu para pelajar meningkatkan pencapaian mereka. Selaras dengan hasrat kerajaan yang mahukan guru mengintegrasikan ICT dalam proses p&p, disamping penglibatan yang aktif dari pelajar. Melalui web pelajar bukan sahaja dapat mengakses maklumat, namun mereka juga akan terlibat secara menyeluruh pada bila-bila masa tidak kira tempat, ianya merangkumi perbincangan secara maya, penstrukturan pengetahuan serta mengaplikasikan pembelajaran secara akses kendiri seterusnya menghasilkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif.
Menurut Norazah (2006), p&p berasaskan web yang bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada para pendidik menguruskan bahan pengajaran, menghasilkan persekitaran pembelajaran yang efektif, serta melibatkan penyertaan aktif di kalangan pelajar dalam proses p&p adalah sangat sesuai dijadikan kaedah alternatif dalam proses pengajaran ICT. Kertas kerja ini melaporkan secara khususnya, dua perkara utama iaitu aktiviti:
a.        Membangunkan suatu bahan pengajaran berasaskan web, Web Quest bagi mata pelajaran ICT Tingkatan Empat.
b.       Menilai persepsi pelajar terhadap bahan pengajaran berasaskan Web-Web Quest yang bertajuk Computer System: System Concept dari aspek: antara muka Web Quest, isi kandungan Web Quest dan struktur p&p Web Quest.

Kandungan/Tutorial
Pengajaran dan pembelajaran berasaskan Web.
Tujuan utama kajian ini ialah untuk melihat sejauh mana p&p berasaskan web dapat memberikan manfaat kepada para pendidik menguruskan pembelajaran dan pengajaran yang efektif, serta menghasilkan persekitaran yang kondusif dan efektif, tidak ketinggalan pelajar juga dihara dapat melibatkan diri secara aktif.
Selain itu proses pengintegrasian p&p menggunakan web juga melibatkan komponen berikut, iaitu pengintegrasian web pada masa yang sesuai, pemerolehan sumber web yang bermakna, polisi sekolah yang mewajibkan penggunaan web, dalam pengitegrasian kurikulum serta reka bentuk laman web terbaik. Aktiviti pembelajaran yang dirancang secara berkesan dengan menggunakan web akan mewujudkan unsur kolaboratif dan koperatif dengan melihat keperluan dan pengalaman pelajar semasa membina dan menerbitkan web. Chang (2001) dan Jung (2002) juga berpendapat pembelajaran web memberikan keseronokan dan semangat kolaboratif terhadap kepuasan pembelajaran pelajar. Di samping itu ianya juga mewujudkan interaksi akademik antara pelajar dan pelbagai sumber atas talian. Pelajar dilihat dapat menyelesaikan sesuatu masalah dalam topik-topik tertentu melalui perbincangan dan perkongsian idea dan bahan.  Guru juga menyesuaikan strategi untuk memperkembangkan kerjasama antara pelajar sekaligus mewujudkan interaksi sosial. Sikap positif yang diterima daripada pelajar memberikan impak yang sangat besar dalam meluaskan pengetahuan dengan keupayaan mereka mempelajari kemahiran literasi maklumat menggunakan internet, serta mereka bentuk laman web bagi mempersembahkan projek mereka. Bukan itu sahaja dari kajian Law et al (2002) menyatakan para pelajar juga berupaya untuk berfikir secara kritis, belajar dari pelbagai sumber, serta berupaya belajar dari komuniti mereka dengan saling hormat-menghormati idea di antara satu sama lain.
Pengajaran dan pembelajaran berasaskan Web-Web Quest
Kajian ini menekankan penggunaan Web Quest dan Projek Inkuiri Web yang dapat memajukan kemahiran penyelesaian masalah dikalangan pelajar. Pendekatan model web quest yang direka bentuk oleh Dodge (1995) adalah salah satu model mengintegrasikan penggunaan web dalam aktiviti bilik darjah. Web Quest merupakan aktiviti inkuiri yang mengarahkan sebahagian atau kesemua maklumat yang diperoleh daripada internet oleh pelajar. Pada asasnya,. Model Web Quest ini  berfungsi sebagai rangka kerja yang boleh digunakan oleh guru untuk pembinaan bahan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan menggunakan internet. Web Quest mempunyai enam komponen iaitu
i)              Pengenalan - melancarkan latar belakang dan cabaran sesuatu masalah autentik, dengan memaparkan maklumat menarik
ii)             Tugasan - penerangan umum tentang tugasan yang diberikan
iii)           Maklumat - satu set halaman web di mana pelajar boleh meneroka untuk memperoleh maklumat dalam melengkapkan tugasan mereka
iv)           Proses - penerangan langkah demi langkah yang perlu diikuti oleh para pelajar dalam melengkapkan tugasan mereka
v)            Penilaian - menjelaskan kriteria penilaian, pada kebiasaannya penunjuk pada format digunakan untuk menilai hasil tugasan pelajar
vi)           Kesimpulan - memberikan secara menyeluruh rumusan Web Quest, mengingatkan pelajar apa yang mereka telah pelajari, dan menggalakkan mereka memperluaskan pengalaman mereka dalam bidang yang lain.
Menurut Rodriguez (2003), WebQuest  telah timbul sebagai aktiviti paling utama yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran pendekatan konstruktivisme yang berasaskan web. WebQuest juga dikatakan dapat meningkatkan lagi komponen inkuiri ke peringkat yang lebih tinggi. Rhynard (2002) dalam kajiannya tentang Web Quest menyatakan bahawa Web Quest merupakan satu strategi pengajaran dalam abad ke-21 di mana semakin ramai pelajar dilibatkan dalam proses p&p, semakin banyak ilmu pengetahuan yang akan mereka perolehi. Penyelidikan tentang otak, media, permainan video, teknologi dan program komputer interaktif memberikan maklumat tentang bagaimana para pelajar bermotivasi untuk belajar. Di samping menimbulkan minat pelajar, ianya juga memberi peluang pada pengajar  memotivasikan pelajar dan Web Quest juga sesuai digunakan pada sebarang subjek dan topik. Hasil kajian ini juga mendapati sistem p&p berasaskan Web – Web Quest ini juga dikatakan mesra pengguna kerana ia mempunyai butang-butang kawalan yang memudahkan navigasi, serta mengaplikasikan unsur-unsur hypermedia seperti animasi, bunyi, grafik, hiperteks, dan warna yang menjadikan persembahan sistem lebih menarik dan seronok untuk dipelajari. Dalam sistem p&p berasaskan Web – Web Quest ini mempunyai beberapa keistimewaan. Contohnya untuk menimbulkan minat dan keseronokan pelajar, bahagian Pengenalan boleh mewujudkan suatu situasi yang mengarahkan pelajar menyempurnakan suatu misi. Di bahagian kesimpulan ada aktiviti minda yang memberikan  ganjaran atau peneguhan positif. Semua aplikasi yang terdapat dalam Web Quest mampu menarik minat pelajar terhadap bahan pengajaran yang dipersembahkan.
Kesimpulan
Apa yang penting dalam mengejar era teknologi maklumat dan komunikasi para guru harus memberi ruang pada para pelajar meneroka pengetahuan seiring dengan kehendak semasa. Teknologi web quest merupakan satu langkah yang dapat digunakan oleh para guru dalam menarik minat pelajar. Di samping menimbulkan keseronokan belajar dan penglibatan secara aktif dalam p&p ianya juga diharap dapat memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang literasi komputer. Para guru tidak kira usia, pangkat atau subjek yang akan diajar perlu mempersiapkan diri dengan perubahan arus ICT agar kepelbagaian kaedah dapat digunakan bagi mempertingkatkan kemahiran profesionalisme perguruan. Kerjasama antara semua pihak sama ada secara langsung (Pentadbir Sekolah, Jabatan Pendidikan, Kementerian Pendidikan) atau tidak langsung (ibu bapa, masyarakat) adalah amat diperlukan bagi membolehkan ledakan teknologi maklumat mencapai satu tahap yang membanggakan. Ini seterusnya dapat melahirkan generasi akan datang yang berilmu pengetahuan, berkemahiran serta berkebolehan dalam semua aspek. Jika semua pihak bergembleng tenaga dalam hal ini bidang pendidikan akan menjadi sesuatu yang menyeronokan untuk dipelajari dan diterokai dengan menggunakan kepelbagaian teknologi.
Rujukan
Chang, Chi-Cheng. 2001. A study on the evaluation and effectiveness analysis of web-based learning portfolio (WBLP). British Journal of Educational Technology; 32(4): 435-459.
Jung, Insung Choi & Seonghee Lim, Cheolil. 2002. Effects of Different Types of Interaction on Learning Achievement, Satisfaction and Participation in Web-Based Instruction. Source: Innovations in Education & Teaching International; 39(2): 153-163.
Kementerian Pendidikan Malaysia. Conventry: Pusat Perkembangan Kurikulum. Retrieved on 2nd September 2010 from http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/conventry/eng/index.htm  
Kementerian Pendidikan Malaysia. ICT In Contact: Pusat Perkembangan Kurikulum. Retrieved on 2nd September 2010 from http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/ict_in_contact.htm
Law. N., Y. Lee & A. Chow. 2002. Practice characteristics that lead to 21st century learning outcomes. Journal of Computer Assisted Learning. 18: 415-426 Blackwell Science Ltd.
Rhynard, M. 2002. The WebQuest as an Instructional Strategy. In C. Crawford et al. (Eds.), Proceeding of Society for Information Technology and Teacher Education International Conference 2002, hlm. 2397.
Rodriguez, S. (2003). Designing WebQuest to Promote Problem-Solving Skills. In C. Crawford et al. (Eds.), Proceedings of Society for Information Technology and Teacher Education International Conference 2003, hlm. 2164-2167.

Jurnal


layari laman web ini untuk jurnal artikel
Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1) (2009) : 111 - 129
Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
Berasaskan Web – Web quest bagi Mata Pelajaran ICT
(Development and Evaluation of Web quest for Information
and Communication Technology Subject)
NORAZAH MOHD. NORDIN
NGAU CHAI HONG
ABSTRAK
Dalam era gloalisasi, para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam memperkasakan profesion perguruan agar golongan pendidik tersebut sentiasa bersaing dengan teknologi maklumat terkini. Salah satu inovasi yang perlu diambil perhatian ialah kepelbagaian dalam kaedah penyampaian maklumat kepada pelajar. Bagi proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran ICT pula, dua pendekatan yang dilaksanakan iaitu “belajar tentang ICT” dan “belajar dengan ICT” memerlukan guru mahir dalam pedagogi yang melibatkan penggunaan ICT. Kertas kerja ini melaporkan tentang proses pembangunan dan penilaian bahan pengajaran berasaskan web bagi mata pelajaran ICT Tingkatan Empat, iaitu Webquest. Tujuan utama kertas kerja ini membangunkan suatu bahan pengajaran berasaskan web, Web Quest bagi mata pelajaran ICT Tingkatan Empat serta menilai persepsi pelajar terhadap bahan pengajaran yang dibangunkan dari aspek antara muka, isi kandungan struktur pen gajaran dan pembelajaran yang menggunakan Web Quest. Metodologi pembangunan bahan pengajaran melibatkan fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, implementasi dan penilaian. Instrumen yang berbentuk soal selidik digunakan bagi menilai aspek antara muka, isi kandungan struktur pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan Web Quest yang telah dibangunkan. Dapatan kajian menunjukkan persembahan keseluruhan Web Quest yang bertajuk Computer System: System Concept ini adalah sesuai dan menarik untuk P&P mata pelajaran ICT.
Kata kunci: Pengajaran dan pembelajaran berasaskan web, Web Quest, ICT
ABSTRACT
In the era of globalization, educators should give more attention on the innovaions of informaion delivery methods to students. This article discusses the development process of a web-based teaching courseware, Web Quest, for

the Form Four ICT subject. The article also discusses the evaluation of the interface and the content of the Web Quest. The development methodology includes the phases of analysis, design, development, inplementation and evaluation. For the evaluation phase, a set of survey form is used to evaluate the interface and the teaching and learning structure of the content. The samples are twenty one students from two schools who are taking ICT subject. The outcome of the research reveals that the overall presentation of the Web Quest entitled Computer System: System Concept is relevent and successful in attracting the students’ interest towards the topic.
PENDAHULUAN
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) berasaskan web adalah konsep yang mengintegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi (Information and Communication Technology (ICT)) dalam sistem pendidikan. Ia merupakan satu perkembangan pendidikan hasil daripada ledakan ICT yang merujuk kepada penggunaan teknologi tersebut dalam membuat penyelesaian mengakses maklumat ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan prestasi. Dalam memperkasakan profesion perguruan agar semua guru sentiasa bersaing dengan teknologi maklumat terkini, para guru digalakkan untuk mengintegrasikan ICT dalam proses P&P. Dengan cara ini, pelajar bukan sahaja dapat mengakses maklumat dan bahan pengajaran melalui web, tetapi mereka juga dapat terlibat dalam aktiviti pembelajaran yang merangkumi sesi perbincangan maya, penstrukturan pengetahuan serta membentuk suasana pembelajaran kendiri pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Selain daripada penglibatan aktif pelajar dalam proses pembelajaran melalui medium web yang dapat menghasilkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif, ia juga dapat mempertingkatkan tahap pembelajaran di kalangan pelajar (Chang 2001).
Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) program pendidikan di negara ini, khususnya bagi peringkat sekolah digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menggambarkan bahawa pembangunan insan itu perlulah seimbang dan menyeluruh perkembangannya dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dalam usaha untuk membina insan seperti yang dihasratkan, ilmu yang disampaikan perlu juga sesuai dengan perkembangan semasa dan keperluan negara. ICT ialah satu bidang ilmu yang berasaskan pelbagai disiplin terutamanya komunikasi dan sistem komputer. Perkembangan ICT telah menukar wajah P&P dengan penggunaan komputer, LCD dan pelbagai perisian multimedia yang canggih bagi memudahkan guru mata pelajaran ICT, khasnya, menyediakan bahan pengajaran dan seterusnya mengaplikasikannya dalam bilik darjah.
Matlamat kurikulum mata pelajaran tersebut di peringkat sekolah ialah untuk membentuk pelajar yang berpengetahuan secara menyeluruh tentang ICT dan

berkemahiran menangani maklumat dengan menggunakan teknik dan perkakasan ICT bagi menyelesaikan masalah (KPM 2005). Di samping pengetahuan dan kemahiran, kurikulum mata pelajaran tersebut juga membentuk pelajar yang bersikap positif terhadap impak dan sumbangan ICT kepada masyarakat dan kehidupan harian, supaya dapat menyumbang secara berkesan dan sepenuhnya dalam masyarakat dan ekonomi berteknologi di tempat mereka hidup dan bekerja. Berdasarkan Buku Huraian Sukatan Pelajaran Malaysia bagi mata pelajaran ICT ini, tiada sebarang buku teks khusus yang ditetapkan untuk mata pelajaran tersebutl. Ini disebabkan bidang ICT yang dicakupi dalam kurikulum ICT adalah luas serta bersifat dinamik. Tambahan pula, bidang ilmu ini adalah antara bidang ilmu yang paling pesat berkembang dan takrif serta skopnya sentiasa disesuaikan seiring dengan perkembangan bidang ilmunya.
Bagi memberi sumbangan kepada kaedah alternatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran ICT ini, satu kajian mengenai pembangunan dan penilaian bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan web telah dijalankan. Memandangkan kemudahan dan penggunaan Internet semakin meluas, pengenalan kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan web diharapkan dapat mempelbagaikan kaedah P&P. Menurut Norazah (2006), P&P berasaskan web yang bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada para pendidik menguruskan bahan pengajaran, menghasilkan persekitaran pembelajaran yang efektif, serta melibatkan penyertaan aktif di kalangan pelajar dalam proses P&P adalah sangat sesuai dijadikan kaedah alternatif dalam proses pengajaran ICT. Kertas kerja ini melaporkan tentang proses pembangunan dan penilaian bahan pengajaran berasaskan web bagi mata pelajaran ICT Tingkatan 4, iaitu Webquest (Dodge 1995). Secara khususnya, dua perkara utama yang akan dilaporkan ialah aktiviti:
a.       Membangunkan suatu bahan pengajaran berasaskan web, Web Quest bagi mata pelajaran ICT Tingkatan Empat.
b.       Menilai persepsi pelajar terhadap bahan pengajaran Berasaskan Web-Web Quest yang bertajuk Computer System: System Concept dari aspek:
i.         antara muka Web Quest,
ii.       isi kandungan Web Quest
iii. struktur P&P Web Quest.
KAJIAN LITERATUR
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) MATA PELAJARAN ICT
Terdapat dua pendekatan yang dilaksanakan dalam P&P mata pelajaran ICT bagi tujuan menyampaikan ilmu tentang ICT, iaitu “belajar tentang ICT”, dan “belajar dengan ICT” (KPM 2001). Pendekatan “belajar tentang ICT” digunakan dengan tujuan menyediakan pengetahuan dan kemahiran asas ICT bagi membolehkan

pelajar menjadi pengguna ICT yang berkesan. Manakala pendekatan “belajar dengan ICT” pula menggunakan teknologi untuk menyelesaikan masalah dengan tujuan menyediakan pelajar dengan ilmu yang membolehkan mereka menyumbang kepada pembangunan teknologi. Kedua-dua pendekatan P&P adalah bersifat hands-on dan minds-on. Sebahagian besar kandungan dalam proses P&P ICT adalah berbentuk praktikal. Proses yang terlibat dalam P&P mata pelajaran ICT juga adalah berasaskan interaksi yang berterusan di antara pelajar dan bahan, pelajar dan guru, serta pelajar dan ICT. Proses interaksi ini berpusatkan kepada pelajar sekali gus meminimumkan pemusatan pelajar kepada guru. Dalam konteks ini pelajar adalah “autonomous” dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran.
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB
P&P berasaskan web bukan sahaja bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada para pendidik menguruskan bahan pengajaran, menghasilkan persekitaran pembelajaran yang efektif malah ia juga dapat melibatkan penyertaan aktif dalam kalangan pelajar dalam proses P&P. Menurut Pang (1998) dalam kajiannya mengenai proses mengoptimumkan penggunaan web bagi mempertingkatkan hasil pengajaran, pengintegrasian P&P menggunakan web melibatkan penemuan dan penerimaan sumber, komunikasi, melakukan aktiviti P&P serta menghasilkan web. Proses pengintegrasian P&P menggunakan web melibatkan komponen berikut, iaitu i) pengintegrasia web pada masa yang sesuai, ii) penglibatan aktif pelajar, iii) pemerolehan sumber web yang bermakna, iv) web bukan sahaja digunakan untuk menghantar bahan kursus, v) polisi sekolah yang mewajibkan penggunaan web, vi) pengintegrasian web dalam kurikulum, dan vii) reka bentuk laman web yang baik. Oleh itu, untuk mengoptimumkan penggunaan web ke arah pengajaran yang lebih berkesan, guru harus merancang aktiviti pembelajaran di samping mengambil kira isi kandungan, penilaian formatif dan sumatif terhadap pelajar, melihat keperluan dan pengalaman pelajar semasa membina dan menerbitkan web serta mewujudkan unsur kolaboratif dan koperatif melalui web.
Kajian untuk menilai kaedah pembelajaran secara web melalui proses pengajaran secara praktikal telah dikaji oleh Chang (2001). Tujuan kajian beliau ialah untuk melihat sama ada proses pembelajaran secara web dapat membantu memberikan kefahaman kepada pelajar semasa proses pembelajaran dijalankan dan mempertingkatkan kemajuan pembelajaran di kalangan pelajar. Dalam dapatan kajian beliau, 85.84 peratus pelajar mengatakan pembelajaran web sangat sesuai dan ia memberikan keseronokan semasa proses pembelajaran dijalankan. Jung et al. (2002) dalam kajian mereka telah mengkaji hubungan antara bidang akademik, semangat kolaboratif dan interaksi sosial terhadap kepuasan pembelajaran, penyertaan dan sikap terhadap persekitaran P&P berasaskan web. Interaksi akademik yang dimaksudkan meliputi interaksi di antara pelajar dan sumber pembelajaran atas talian di samping interaksi pelajar dan guru, manakala interaksi

kolaboratif dalam kalangan para pelajar boleh berlaku apabila sekumpulan pelajar bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu topik atau berkongsi idea dan bahan­bahan untuk menyelesaikan masalah yang diberi. Interaksi sosial di antara pelajar dan guru berlaku apabila guru-guru menyesuaikan strategi untuk memperkembangkan kerjasama antara individu pelajar. Dapatan kajian menunjukkan interaksi dalam kumpulan secara kolaboratif sangat tinggi. Selain itu, pelajar-pelajar mempunyai perubahan sikap yang positif terhadap proses pembelajaran yang aktif ini.
Satu kajian tentang ciri-ciri amalan kesan pembelajaran pada abad ke-21 yang menekankan ciri-ciri amalan pedagogi inovatif guru yang akan membawa pembaharuan terhadap pembelajaran telah dijalankan oleh Law et al. (2002). Dapatan kajian beliau membuktikan pelajar bersikap lebih positif, mereka berupaya mempelajari kemahiran literasi maklumat dengan menggunakan internet, mereka bentuk laman web bagi mempersembahkan projek mereka. Di samping itu, mereka juga berupaya untuk berfikir secara kritis, belajar dari pelbagai sumber, serta berupaya belajar dari komuniti mereka dengan saling hormat-menghormati idea di antara satu sama lain.
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB – WEB QUEST
Salah satu model mengintegrasikan penggunaan web dalam aktiviti bilik darjah ialah pendekatan Web Quest (Dodge 1995). Web Quest merupakan aktiviti inkuiri yang mengarahkan sebahagian atau kesemua maklumat yang diperoleh daripada internet oleh pelajar. Pada asasnya, Web Quest mempunyai enam komponen iaitu Pengenalan, Tugasan, Maklumat, Proses, Penilaian, dan Kesimpulan. Model Web Quest ini direka bentuk oleh Dodge dan rakan sekerjanya March (1998), yang berfungsi sebagai rangka kerja yang boleh digunakan oleh guru untuk pembinaan bahan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan menggunakan internet.
Dalam bahagian Pengenalan, tajuk biasanya dilancarkan dengan memaparkan maklumat menarik tentang latar belakang dan cabaran tentang sesuatu masalah autentik. Kemudian diikuti dengan penerangan yang umum tentang tugasan yang diberikan dalam bahagian Tugasan. Satu set halaman web di mana pelajar boleh meneroka untuk memperoleh maklumat dalam melengkapkan tugasan mereka dibekalkan dalam bahagian Maklumat ataupun terdapat pada bahagian Proses. Di samping itu, dalam bahagian Proses terdapat juga penerangan langkah demi langkah yang perlu diikuti oleh para pelajar dalam melengkapkan tugasan mereka. Bahagian Penilaian pula menjelaskan kriteria penilaian, pada kebiasaannya penunjuk pada format digunakan untuk menilai hasil tugasan pelajar. Kesimpulan pula memberikan secara menyeluruh rumusan Web Quest, mengingatkan pelajar apa yang mereka telah pelajari, dan menggalakkan mereka memperluaskan pengalaman mereka dalam bidang yang lain. Rajah 1 menunjukkan komponen yang terdapat dalam Web Quest.

Pengenalan
Tugasan
Proses
Penilaian
Sumber
Kesimpulan
Tuliskan Tajuk Pelajaran di sini
A WebQuest for                                   Grade (Tuliskan Subjek di sini)
Reka bentuk oleh
Letakkan nama anda di sini
Letakkan alamat e-mail anda di sini
Letakkan sedikit grafik yang menarik yang mewakili kandungan di sini
Last updated on                          Based on a template from The WebQuest Page
RAJAH 1. Komponen yang terdapat Web Quest (Dodge, 1995)
Rodriguez (2003) menyatakan banyak strategi dan pendekatan telah diperihalkan dalam kajian kepustakaan tentang penggunaan internet sebagai alat pembelajaran dalam kalangan pelajar. antaranya, WebQuest yang telah timbul sebagai aktiviti paling utama yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran pendekatan Konstruktivisme yang berasaskan web. Kajian ini menekankan penggunaan Web Quest dan Projek Inkuiri Web yang dapat memajukan kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar. Di samping itu, WebQuest juga dikatakan dapat meningkatkan lagi komponen inkuiri ke peringkat yang lebih tinggi. Carroll et al. (2003) pula menyatakan bahawa salah satu cabaran yang dihadapi oleh kolej-kolej dan universiti-universiti sekarang ialah penggunaan teknologi baru yang berdigital. Salah satu kunci penyelesaian cabaran ini ialah mereka bentuk semula kursus tradisional yang diajar dengan memperbaiki pendekatan pedagogi dan menambahkan penyampaian kursus dengan menggunakan teknologi secara anjal. Mengikut pendapat mereka, teknologi harus difokuskan untuk memperbaiki kualiti keseluruhan, boleh mengakses data dengan mudah, cepat, dan meluas serta melibatkan para pelajar dengan menggunakan teknologi dalam P&P dengan secara meluas.
Secara umumnya, penyelidikan yang dilakukan Maushak et al. (2000), O’Bannon (2000), Ricardo et al. (2000), Slater & Sawallis (2000), McNierney (2002), Gersh (2002), Bernie et al. (2002), Rodriguez et al. (2003) adalah tentang

perihalan makna Web Quest, komponen-komponen Web Quest, kaedah untuk membangunkan sesuatu Web Quest yang baru, persepsi-persepsi pelajar dan pendidik tentang Web Quest ataupun mencari contoh-contoh Web Quest yang telah siap dibangunkan dan sebagainya. Rhynard (2002) dalam kajiannya tentang Web Quest menyatakan bahawa Web Quest merupakan satu strategi pengajaran dalam abad ke-21 di mana semakin ramai pelajar dilibatkan dalam proses P&P, semakin banyak ilmu pengetahuan yang akan mereka perolehi. Penyelidikan tentang otak, media, permainan video, teknologi dan program komputer interaktif memberikan maklumat tentang bagaimana para pelajar bermotivasi untuk belajar. Sebaliknya pembelajaran secara berkuliah, menyalin nota, dan menghafal fakta telah digantikan dengan kaedah pembelajaran yang baru sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Antaranya ialah kerja kumpulan secara koperatif, aktiviti secara hands-on, penggunaan kemahiran manipulatif, membangunkan models, videos, perisian komputer yang interaktif dan penyelidikan internet. Hasil kajian Rhynard juga telah menyenaraikan beberapa kebaikan dalam penggunaan Web Quest: i) para pelajar diarahkan berfokus kepada halaman web di mana tumpuan utama ialah maklumat yang akan digunakan dalam Web Quest, ii) objektif pembelajaran adalah jelas, iii) jumlah maklumat ada hadnya, iv) maklumat adalah benar dan boleh dipercayai, v) bersifat fleksibel di mana seseorang pelajar boleh berhenti ataupun mula sesuatu halaman web untuk memperoleh maklumat pada bila-bila masa. Selain itu, Web Quest juga sesuai digunakan pada sebarang subjek dan topik. Seseorang pengajar boleh memotivasikan kerja pelajar dengan mengarahkan inkuiri, contohnya mewujudkan senario misteri untuk menimbulkan minat pelajarnya untuk menemui jawapan. Dengan menggunakan pendekatan journalistic, para pelajar diandaikan untuk memainkan peranan penyiasat, pemberita, pengarang dan sebagainya. Dalam hal ini, pengajar menggunakan penilaian dengan memberi gred untuk objektif khusus yang telah dicapai oleh para pelajar sepanjang masa pelajar membuat tugasan.
Walaupun begitu, Weller & Chiavacci (1999) dalam penyelidikan mereka ada melaporkan halangan-halangan dan cara penyelesaian tentang para pelajar melayari internet tanpa tugasan yang jelas dalam minda mereka. Di peringkat pembangunan, contoh-contoh halangan yang timbul dalam mereka bentuk Web Quest oleh para guru ialah a) kekurangan masa berfikir (sibuk dengan jadual kerja yang tergesa-gesa); b) pantas dan selalu tidak menumpukan perhatian yang sepenuhnya dalam latihan melayari internet oleh pelajar; dan c) kecenderungan pelajar melakukan “salin dan tampal dari web” apabila membuat tugasan. Dengan adanya peringkat Proses dan Penilaian, para pelajar akan membuat tugasan mereka mengikut langkah demi langkah dan akhirnya objektif dapat dicapai.

METODOLOGI
Kajian ini dijalankan dalam dua fasa, iaitu Fasa Pembangunan Sistem P&P berasaskan Web – Web Quest dan Fasa Penilaian Webquest yang telah dibangunkan.
FASA PEMBANGUNAN SISTEM P&P BERASASKAN WEB-WEBQUEST
Bahagian ini menghuraikan proses pembangunan sistem P&P Berasaskan Web-Web Quest. Fasa pembangunan ini melibatkan prosedur yang bermula dengan Fasa Analisis, Fasa Reka Bentuk, Fasa Pembangunan, Fasa Implementasi dan Fasa Penilaian. Setiap fasa ini dijelaskan dalam Rajah 2.
Text Box:  Text Box: Membangunkan WebQuest dengan menggunakan
pengaturcaraan HTML.Text Box: Fasa 1: Analisis
• Temu bual dengan pelajar dan guru ICT
• Kajian Kepustakaan
• Rujukan Sukatan Pelajaran ICTText Box: Fasa 2: Reka bentuk
• Pengenalan
• Tugasan
• Proses
• Penilaian
• Sumber
• KesimpulanText Box: Fasa 4: Pelaksanaan
• Portfolio
• Persembahan Power point
• Penilaian KognitifText Box: Fasa 3: PembangunanText Box: Fasa 5 : PenilaianRAJAH 2. Proses pembangunan sistem pengajaran dan pembelajaran
berasaskan web – Web Quest

FASA PENILAIAN SISTEM P&P BERASASKAN WEB – WEBQUEST
Setelah WebQuest dibangunkan, bahan pengajaran berasaskan web ini diimplemen di sekolah yang menawarkan mata pelajaran ICT untuk tujuan penilaian. Bahan ini dinilai dari aspek persepsi pelajar terhadap komponen berikut:
i antara muka Web Quest
ii.       isi kandungan Web Quest
iii.     struktur P&P Web Quest.
SAMPEL
Data dikumpul daripada dua buah sekolah yang menawarkan mata pelajaran ICT. Pemilihan responden terdiri daripada semua pelajar Tingkatan Empat yang mengambil mata pelajaran ICT seperti yang di senarai dalam Jadual 1. Pemilihan sampel dibuat berdasarkan ciri-ciri yang sama (Majid Konting, 1994) iaitu semua pelajar di sekolah tersebut sedang mempelajari mata pelajaran ICT di Tingkatan Empat serta homogenous dari aspek umur, kemudahan prasarana sekolah, tenaga pengajar yang terlatih dan kedua-dua sekolah merupakan sekolah kawalan di mana pelajar-pelajar Tingkatan Empat di kedua-dua buah sekolah tersebut sekurang-kurangnya mempunyai 3A dalam keputusan PMR.
JADUAL 1. Sampel kajian: pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran ICT
Bil.
Nama Sekolah
Bil. Pelajar Tingkatan
Bil.


Empat yang mengambil
Sampel


Mata pelajaran ICT

1.  
SMK Tinggi Melaka
14
14
2.  
SMK Tinggi Perempuan
7
7

Melaka



Jumlah
21
21

INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen kajian penilaian Web Quest yang bertujuan untuk mengukur persepsi pelajar terhadap P&P Berasaskan Web – Web Quest dalam P&P mata pelajaran ICT yang telah dibangunkan ini ialah soal selidik. Soal selidik yang digunakan adalah adaptasi daripada kajian Suraini (2000), Noraini (2001), Dodge (2001) dan Au (2002). Instrumen ini mengukur persepsi pelajar terhadap Web Quest yang dibangunkan berasaskan tiga aspek, iaitu Antara Muka, Isi Kandungan dan Struktur Pengajaran dan Pembelajaran. Setiap item dalam soal selidik adalah berdasarkan skala Likert lima mata dengan skor 1, 2, 3, 4, dan 5.

ANALISIS DATA
Data yang telah diperoleh dari soal selidik dianalisis dengan menggunakan program SPSS Version 11.5. Kajian ini menggunakan statistik deskriptif untuk melihat taburan kekerapan, peratus, min, dan sisihan piawai bagi menerangkan demografi dan persoalan kajian yang dikemukakan.
DAPATAN KAJIAN
PEMBANGUNAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN
WEB – WEBQUEST
Berdasarkan fasa-fasa yang diterangkan dalam Rajah 2, iaitu Fasa Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan, Implementasi dan Penilaian, satu bahan pengajaran berasaskan web yang menggunakan pendekatan Web Quest (Dodge 1995) telah dibangunkan. Daripada Fasa Analisis, dapatan kajian menunjukkan bahawa salah satu topik yang didapati sukar oleh guru mata pelajaran ICT untuk menyampaikannya kepada pelajar ialah Computer System: System Concept. Rajah 3 hingga Rajah 9 menunjukkan antara muka bagi bahan pengajaran Web Quest yang bertajuk Computer System: System Concept yang telah dibangunkan. Rajah tersebut juga menunjukkan tujuh komponen Web Quest, iaitu Pengenalan, Tugasan, Proses, Penilaian, Sumber, Kesimpulan dan Paparan Khas Untuk Guru.
RAJAH 3. Antara muka pengguna: skrin pengenalan

Text Box:  Text Box: 121Text Box: Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan PembelajaranText Box: RAJAH 4. Antara muka pengguna: skrin tugasanText Box: RAJAH 5. Antara muka pengguna: skrin proses

Text Box:  Text Box: RAJAH 6. Antara muka pengguna: skrin penilaianRAJAH 7. Antara muka pengguna: skrin kesimpulan

Text Box:  Text Box: RAJAH 8. Antara muka pengguna: skrin sumberText Box: RAJAH 9. Antara muka pengguna: skrin paparan guru

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP WEB QUEST
Dapatan kajian daripada soal selidik yang diedarkan kepada 21 orang sampel bagi menilai persepsi pelajar tingkatan empat terhadap bahan pengajaran dan pembelajaran Web Quest yang bertajuk Computer System: System Concept dari aspek paparan muka Web Quest, isi kandungan Web Quest dan struktur P&P Web Quest dalam P&P mata pelajaran ICT ditunjukkan dalam Jadual 2.
JADUAL 2. Min dan sisihan piawai persepsi pelajar terhadap Web Quest bertajuk
Computer System: System Concept
Bil.                                       Item                                                Min      Sisihan Piawai
1.         Paparan Antara Muka Web Quest
C1      Grafik yang digunakan dalam Web Quest ini                   4.24              0.44
sesuai dan menarik.
C2      Gambar-gambar yang digunakan dalam                           4.14              0.48
Web Quest ini sesuai dan menarik.
C3        Paparan antara muka mesra pengguna.                            4.05              0.50
C4      Menu utama memberikan gambaran secara                      4.33              0.58
keseluruhan mengenai kandungan Web Quest.
C5      Susunan isi kandungan Web Quest ini teratur                  4.33              0.48
dan menarik
C6        Ikon-ikon navigasi adalah mesra pengguna.                    4.14              0.48
C7      Penggunaan warna dan ikon bersesuaian                         4.33              0.48
dan menarik.
C8      Secara keseluruhannya Web Quest ini sesuai dan             4.33              0.48
menarik perhatian pengguna.
C9      Laras bahasa yang digunakan dalam Web Quest              4.14              0.79
ini sesuai dan mudah difahami.
2.         Isi Kandungan Web Quest
C10    Web Quest ini menggunakan istilah-istilah yang              4.48              0.60
betul dan tepat.
C11    Kandungan Web Quest ini memenuhi keperluan              4.48              0.51
Sukatan Pelajaran ICT.
C12    Kandungan Web Quest ini menepati kumpulan                4.24              0.62
sasaran.
C13    Web Quest ini memberi maklumat yang diperlukan          4.33              0.66
bagi Kurikulum mata pelajaran ICT.
C14      Navigator Web Quest ini lancar dan mudah.                   4.38              0.50
C15    Web Quest ini menyediakan kemudahan                          4.48              0.51
pengaksesan e-learning.
C16    Web Quest ini menyediakan kemudahan tambahan          4.52              0.51
dan pautan-pautan yang berkaitan.
C17    Kandungan Web Quest ini relevan dengan struktur          4.48              0.51
Sukatan Pelajaran ICT.

Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
JADUAL 2. (samb)
125
Bil.
Item
Min
Sisihan Piawai
C1 8
Kandungan dan maklumat yang disampaikan adalah teratur dan memudahkan pembelajaran.
4.43
0.51
3.
Struktur P&P Web Quest


C19
Web Quest ini meningkatkan motivasi saya untuk belajar.
4.43
0.51
C20
Web Quest ini memudahkan saya menerima maklumat dan pengajaran.
4.48
0.51
C21
Web Quest ini memberi peluang untuk saya
4.48
0.51

Mengulang kaji mengikut kemampuan sendiri.


C22
Web Quest ini menarik minat saya untuk mendapatkan maklumat tambahan dengan menggunakan pautan-pautan yang disediakan.
4.52
0.51
C23
Web Quest ini memudahkan saya membuat rujukan.
4.43
0.60
C24
Konsep ‘belajar dengan komputer’ diaplikasikan dengan penggunaan Web Quest ini.
4.53
0.51
C25
Web Quest ini menarik perhatian untuk belajar dan tidak membosankan.
4.38
0.50
C26
Persembahan keseluruhan Web Quest ini adalah sesuai dan menarik pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ICT.
4.43
0.60

Dalam kajian ini, persepsi pelajar Tingkatan Empat terhadap WebQuest yang dibangunkan adalah tinggi (dengan min keseluruhan untuk bahagian ini ialah 4.37 dengan sisihan piawai 0.51). Min keseluruhan paparan antara muka WebQuest ialah 4.24 dengan sisihan piawai 0.49. Responden dalam kajian ini menyatakan bahawa secara keseluruhannya Web Quest ini sesuai dan menarik perhatian pengguna. Manakala min keseluruhan isi kandungan Web Quest ialah 4.38 dengan sisihan piawai 0.59, di mana responden dalam kajian ini menyatakan bahawa Web Quest menyediakan kemudahan pengaksesan e-pembelajaran. Kenyataan ini memang bertepatan dengan prinsip pembelajaran mata pelajaran ICT dalam Kementerian Pelajaran Malaysia(2006) iaitu Web Quest bersifat terarah kendiri dan anjal.
Min keseluruhan struktur P&P Web Quest ialah 4.46 dengan sisihan piawai 0.53. Soal selidik dalam bahagian ini ada menyatakan Web Quest menarik minat untuk mendapatkan maklumat tambahan dengan menggunakan pautan-pautan yang disediakan.
PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN
Secara amnya, reka bentuk antara muka pengguna (skrin paparan) yang konsisten memudahkan pengguna menggunakan sistem P&P Berasaskan Web – Web Quest ini. Di samping itu, masalah teknikal dalam penggunaan sistem ini adalah pada tahap minimum.
Sistem P&P Berasaskan Web – Web Quest ini mengaplikasikan unsur-unsur hipermedia seperti animasi, bunyi, grafik, hiperteks, dan warna yang menjadikan persembahan sistem lebih menarik. Pelajar berasa seronok sepanjang proses P&P. Hasil kajian ini juga mendapati sistem P&P Berasaskan Web – Web Quest ini juga dikatakan mesra pengguna kerana ia mempunyai butang-butang kawalan yang memudahkan navigasi. Di samping itu, penggunaan butang “back” dan hiperteks juga disediakan untuk memudahkan pengguna ka mana sahaja mengikut kehendak mereka. Hasil kajian ini disokong oleh Saunders (2003) yang mendapati pendekatan P&P yang berasaskan web ini mesra pengguna dan mampu menarik minat pelajar kerana web memenuhi keperluan sumber pembelajaran. Selain dari itu, responden juga menyatakan persembahan keseluruhan Web Quest ini adalah sesuai dan menarik untuk P&P mata pelajaran ICT.
Dalam sistem P&P Berasaskan Web – Web Quest ini mempunyai beberapa keistimewaan yang pada kebiasaannya jarang diaplikasikan oleh P&P Berasaskan Web yang lain. Contohnya untuk menimbulkan minat dan keseronokan pelajar, bahagian Pengenalan boleh mewujudkan suatu situasi yang mengarahkan pelajar menyempurnakan suatu misi. Sebagai pengukuhan, ada latihan tambahan yang disediakan dalam bahagian tugasan. Bagi bahagian Tugasan telah disediakan fail PDF yang memudahkan pengguna mencetak latihan atau bahan-bahan yang perlu dicetak. Sebagai bantuan, setiap langkah untuk membuat tugasan disenaraikan dalam bahagian Prosedur. Dalam bahagian Penilaian pula dinyatakan kriteria pemarkahan. Pengguna boleh membuat tugasan atau melengkapkan projek dengan membuat semakan berdasarkan kriteria tersebut. Sebagai ganjaran, ada aktiviti minda yang terdapat di bahagian kesimpulan. Semua aplikasi yang terdapat dalam Web Quest yang telah dibangunkan mampu menarik minat pelajar terhadap bahan pengajaran yang dipersembahkan. Dapatan kajian ini sangat selari dengan hasil kajian Rhynard (2002). Dengan semua aplikasi yang terdapat dalam Web Quest, beliau telah menamakan Web Quest sebagai satu aktiviti bimbingan penyelidikan. Selain dari itu, Weller & Chiavacci (1999) dalam penyelidikan mereka ada melaporkan dengan adanya peringkat Proses dan Penilaian, para pelajar akan membuat tugasan mereka dengan langkah demi langkah dan akhirnya objektif dapat dicapai.
RUMUSAN
WebQuest berfungsi sebagai rangka kerja yang boleh digunakan oleh guru untuk pembinaan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan menggunakan internet. Para guru, khususnya yang mengajar mata pelajaran ICT perlu mempersiapkan diri untuk mengikut perubahan arus ICT yang dinamik. Mereka perlu sentiasa bersikap inovatif dan kreatif dalam mempelbagaikan kaedah

pengajaran untuk mempertingkatkan kemahiran profesionalisme perguruan mereka. Secara amnya, untuk menjayakan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan, semua pihak yang terlibat secara langsung seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan, Pentadbir Sekolah dan Guru, mahupun yang terlibat secara tidak langsung seperti pihak ibu bapa haruslah bekerjasama dan berusaha dengan gigih untuk mengatasi halangan-halangan yang timbul dalam usaha-usaha untuk menjayakan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan.
RUJUKAN
Au Li Li. 2002. Pembinaan Laman Web Bagi Kursus Asas Pendidikan Komputer (GE6353). Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Bernie, D., Molebash, P., Bell, R. & Maon, C. 2002. Promoting Student Inquiry: WebQuests to Web Inquiry Projects (WIPs). Dlm. C. Crawford et al. (Eds.), Proceedings of society for Information Technology and Teacher Education International Conference 2002, hlm. 67-72.
Carroll, V., Legg, R. & Taylor, D. 2003. Redesigning an Undergraduate Geography Course at Trinity College Dublin Using WebQuest. Dlm. G. Richards (Ed.), Proceedings of World Conference on E-Learning in Corporate, Government, Healthcare, and Education 2003, hlm. 8 89-896.
Carvalho, A. 2003. Portuguese Postgraduate Teacher’s Opinion about Designing a WebQuest: a descriptive study. Dlm. P. Kommers & G. Richard (Eds.), Proceedings of World Conference on Educational Multimedia, Hypermedia and Telecommunications 2003, hlm. 2296-23 03.
Chang, Chi-Cheng. 2001. A study on the evaluation and effectiveness analysis of web-based learning portfolio (WBLP). British Journal of Educational Technology; 32(4): 435-459.
Chou, Shih-Wei & Liu, Chien-Hung. 2005. Learning effectiveness in a Web-based virtual learning environment: a learner control perspective. Journal of Computer Assisted Learning; 21(1): 65-77.
Dodge, B. 1995. Some thoughts about Webquest. The Distance Educator, 1(3): 12-15. (atas talian). The Webquest Page. http://edweb.sdsu.edu/course/edtec596/about webquests.html (23 August 2002)
Dodge, B. 2003. Webquest reseach chat transcript. Retrieved November 5th, 2003. http:/ /webquest.sdsu.edu/tappedin-03 11 12.html (5 Januari, 2005)
Dodge, B. 1998-2004. The Webquest page. Retrieved October 15, 2003, http:// edweb.sdsu.edu/webquest/ (8 Januari, 2005)
Dodge, B. 2003. Motivational Aspects of WebQuest Design. Dlm. C. Crawford et al. (Eds.), Proceeding of Society for Information Technology and Teacher Education International Conference 2002, hlm. 1737-1739.
Gersh, S. 2002. Using the Internet to Create Web-Based Activities. Dlm. C. Crawford et al. (Eds.), Proceeding of Society for Information Technology and Teacher Education International Conference 2002, hlm. 2358-23 60.
Jung, Insung Choi & Seonghee Lim, Cheolil. 2002. Effects of Different Types of Interaction on Learning Achievement, Satisfaction and Participation in Web-Based Instruction. Source: Innovations in Education & Teaching International; 39(2): 153-163.

Kementerian Pendidikan Malaysia. Conventry: Pusat Perkembangan Kurikulum. http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/conventry/eng/index.htm (20 November 2005)
Kementerian Pendidikan Malaysia. ICT In Contact: Pusat Perkembangan Kurikulum. http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/ict_in_contact.htm (20 November 2005)
Kementerian Pendidikan Malaysia. Montage: Pusat Perkembangan Kurikulum. http://
myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/montage.htm (20 November 2005) Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Pembangunan Pendidikan 2001-2010:
Perancangan Bersepadu Kecemerlangan Pendidikan.
Lau, Y., & MacGregor, K. 2001. Learning with Internet resources: Task structure and group collaboration. Paper presented at the 12th International Conference of Society for Information Technology and Teacher Education, Orlando, FL.
Law. N., Y. Lee & A. Chow. 2002. Practice characteristics that lead to 21st century learning outcomes. Journal of Computer Assisted Learning. 18: 415-426 Blackwell Science Ltd.
Maushak, N., Lincecum, L. & Martin, L. 2000. Using the Internet to Promote Technology Integration, Higher-order Thinking Skills and Motivation. Dlm. C. Crawford et al. (Eds.), Proceeding of Society for Information Technology and Teacher Education International Conference 2002, hlm. 1499-23 60.
McNierney, D. 2002. WebQuest: Instructional and Design Techniques. Dlm. G. Richard (Ed.), Proceedings of World Conference on E-Learning in Corporate, Government, Healthcare, and Higher Education 2002, hlm. 1907-19 10.
Mohd Majid Konting. 1994. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noraini Attan. 2001. Tahap kesediaan guru dalam penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer bagi pengajaran dan pembelajaran sains. Tesis Sarjana.Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
O’Bannon, B. 2000. Using Webquests to Construct Learning. Dlm. C. Crawford et al. (Eds.), Proceedings of Society for Information Technology and Teacher Education International Conference 2003, hlm. 2223 -2226.
Pang, Alex C. 1998. Optimize the web for better instruction. SITES 98: Proceedings Society for information technology & teacher education international conference, hlm 10-14.
Rhynard, M. 2002. The WebQuest as an Instructional Strategy. In C. Crawford et al. (Eds.), Proceeding of Society for Information Technology and Teacher Education International Conference 2002, hlm. 2397.
Ricardo, C. & Bailie, F. 2000. Incorporation Standards in Web-based Classroom Instruction. Dlm. C. Crawford et al. (Eds.), Proceeding of Society for Information Technology and Teacher Education International Conference 2002, hlm. 2218-2222.
Rodriguez, S. (2003). Designing WebQuest to Promote Problem-Solving Skills. In C. Crawford et al. (Eds.), Proceedings of Society for Information Technology and Teacher Education International Conference 2003, hlm. 2164-2167.
Rodriguez, S., Dodge, B., N. & Menchaca, M. 2003. WebQuest Design and Application Strategies. In C. Crawford et al. (Eds.), Proceeding of Society for Information Technology and Teacher Education International Conference 2002, hlm. 2478-2481.
Saunders, G. 2003. Integrating information and communication technology (ICT) into a face-to-face undergraduate course. (atas talian) http:!!www.elearningeuropa. info! doc.php? (9 September 2004)
Slater, C. & Sawallis, P. 2000. The Search for the Skunk Ape: An Information Literacy WebQuest. Dlm. P. Kommers & G. Richars (Eds.), Proceedings of World Conference on Educational Multimedia, Hypermedia and Telecommunications 2000, hlm. 1830.
Weller, H. & Chiavacci, J. 1999. Using the WWW to Guide Science Inquiry Lessons: Barriers and Solutions to Creating WebQuests in Elementary ! Middle School. Dlm. Proceedings of 1999, hlm. 1780.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi: Norazah Mohd. Nordin
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi
Selangor Darul Ehsan